top of page

Pengenalan Harta Pusaka

  • Writer: ncorp harta
    ncorp harta
  • 3 Jan 2020
  • 1 min membaca

Updated: 19 Feb


Pengertian Harta Pusaka

Harta pusaka bermaksud harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia dan boleh diwarisi ahli keluarganya serta yang lain. Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih .

Apakah yang dimaksudkan dengan harta alih dan harta tidak alih?

Harta Alih – harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti wang tunai, akaun simpanan bank, saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, barang kemas dan sebagainya. Harta Tak Alih – harta yang tidak boleh dipindah dan diubah dari tempat asalnya seperti tanah, rumah, dan bangunan

Adakah semua harta peninggalan simati menjadi harta pusaka?


Harta peninggalan simati yang menjadi harta pusaka termasuk : - diperolehi sewaktu hidup seperti hasil jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat. - Sewaan yang belum dijelaskan kepada si mati - Hutang kepada si mati yang di jelaskan selepas kematian - Dividen /faedah yang terbit daripada harta si mati - Barang atau nilaian yang terbit dari usaha si mati semasa hayatnya.

Harta peninggalan simati yang tidak termasuk menjadi harta pusaka : - Harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan yang dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya - Khairat kematian - Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian - Pencen atau SOCSO - Harta yang dipinjam



 
 

PENGURUSAN HARTA merupakan perniagaan tempatan yang berfokuskan menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan harta pusaka dengan segera. Kami membantu menyelesaikan apa jua masalah harta pusaka samada yang ringkas, rumit atau telah lama tertangguh.

Hubungi Kami Dengan Segera Untuk Sebarang Pertanyaan Atau Ingin Temujanji : -

No.17 Tingkat 1,

Jalan Tunku Putra,

Taman Cenderawasih,

09000 Kulim, Kedah.

012-4857170

© 2018 by PENGURUSAN HARTA. All Rights Reserved

bottom of page