Carian Harta
Pihak kami boleh mendapatkan catatan carian pemilikan sesuatu tanah iaitu carian persendirian, carian rasmi, dan salinan sah hakmilik bagi tanah di seluruh Malaysia.
Jika hanya mengetahui lokasi tanah dan tiada sebarang maklumat / dokumen seperti cukai tanah atau salinan geran lama, tetapi ingin membuat carian pemilikan tanah (carian persendirian/carian rasmi/salinan sah hakmilik), pihak kami boleh mendapatkan carian maklumat asas tanah tersebut terlebih dahulu bagi membolehkan carian pemilikan tanah dapat dibuat.
Ini kerana bagi membuat sebarang carian pemilikan tanah perlu ada maklumat lengkap iaitu No. Geran, No. Lot, Mukim, Seksyen dan Daerah.
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan pelan tapak rasmi bagi sesuatu lot tanah atau ingin mendapatkan lokasi tanah (Koordinat) bagi no.lot yang ada. Ini juga diperoleh bersama jika memilih membuat carian maklumat asas tanah
Caj perkhidmatan adalah seperti dibawah dan dapatkan sebut harga dengan segera!
- Kadar harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk caj pejabat tanah
- Semakan kawasan akan dibuat terlebih dahulu
- Caj pejabat tanah berbeza bagi setiap negeri
- Tempoh keputusan setiap carian adalah bergantung pada jenis carian yang dibuat.
Dapatkan Maklumat
Hubungi kami dengan segera bagi sebarang pertanyaan !