Pengeluaran Kematian KWSP : Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
top of page
Cari
  • Writer's picturencorp harta

Pengeluaran Kematian KWSP : Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu



Apabila seseorang ahli KWSP meninggal dunia, waris kepada ahli itu boleh ke mana – mana cawangan KWSP yang terdekat untuk memohon pengeluaran simpanan si mati. Pengeluaran kematian adalah tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetap oleh pihak KWSP.



Dokumen Apakah Yang Diperlukan Bagi Tujuan Pengeluaran Kematian KWSP?


Berikut adalah senarai dokumen - dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengeluaran kematian KWSP :


2. Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati - NamaSimati)

3. Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)

4. Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB))

5. Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan

6. Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)

7. Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)

8. SijilKelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)

9. Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)

10. Borang Perakuan Tanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B)



Nota : Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa

(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)



Kategori Pengeluaran Kematian KWSP


Terdapat dua kategori pengeluaran kematian KWSP iaitu ahli yang ADA PENAMA dan ahli yang TIADA PENAMA



ADA PENAMA


Bagi ahli yang telah membuat penamaan sewaktu hayatnya, individu penama tersebut boleh memohon mengeluarkan simpanan ahli dengan syarat penama telah mencapai umur 18 tahun. Penama juga boleh mengeluarkan kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut bahagian penamaan yang telah dibuat.



Bagaimana jika penama telah meninggal dunia?


Bagi ahli yang beragama islam, jika penama telah meninggal dunia samada sebelum atau selepas daripada ahli , maka waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Ini kerana penama hanya menjalankan tugas sebagai pentadbir atau wasi kepada simpanan KWSP ahli itu.


Manakala bagi ahli yang bukan Islam pula, jika penama meninggal dunia sebelum ahli, maka waris terdekat ahli yang layak memohon. Namun begitu, jika penama meninggal dunia selepas ahli , maka waris terdekat kepada penama layak memohon.


Mengapa perbezaan ini terjadi ? Hal ini kerana bagi ahli bukan beragama islam, penama adalah dianggap sebagai pemilik mutlak simpanan KWSP selepas ahli meninggal dunia. Oleh itu, jika penama meninggal dunia selepas ahli, maka simpanan itu menjadi pusaka kepada si penama pula.



Bagaimana jika penama belum cukup umur 18 tahun sewaktu kematian ahli?


Bagi Ahli Beragama Islam :


Penamaan yang telah dibuat akan terbatal secara automatik jika belum berumur 18 tahun kecuali penama akan mencapai umur 18 tahun dalam masa setahun selepas kematian ahli. Hal ini kerana individu penama yang masih dibawah umur 18 tahun masih belum layak bertindak sebagai wasi atau pentadbir pusaka.


Namun begitu, ini tidak bermaksud penama yang berumur bawah 18 tahun yang didaftarkan tidak akan mendapat apa – apa hak ke atas simpanan ahli. Mereka masih tetap mempunyai bahagian sepertimana yang telah ditetapkan di bawah pembahagian pusaka seperti faraid.


Status penamaan juga terbatal jika tiada permohonan dibuat dalam tempoh setahun. Jika ini yang berlaku maku waris ahli boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur Pengeluaran Kematian secara tanpa penamaan


Bagi Ahli Bukan Beragama Islam :


Perkara ini tidak menjadi masalah untuk membuat pengeluaran selepas kematian ahli kepada penama yang berumur kurang daripada 18 tahun. Hal ini kerana untuk yang bukan beragama islam, penama adalah benefisiari/ penerima mutlak tanpa mengira tahap umur.


Simpanan KWSP ahli selepas kematiannya juga tidak akan dipindahkan secara automatic kepada Amanah Raya kerana ia akan tetap berada di KWSP sehingga penama di bawah umur 18 tahun mengeluarkannya.



TIADA PENAMA


Kelayakan individu yang boleh memohon keatas simpanan ahli KWSP yang telah meninggal dunia boleh dibahagiakan kepada dua kategori iaitu :


1.Ahli yang telah berkahwin :

- Balu/duda (suami isteri) ahli,

- anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka (Dilantik Mahkamah)


2.Ahli yang tidak berkahwin :

- Ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusaka (Dilantik mahkamah)



Kadar Dan Tempoh Permohonan Pengeluaran


Berikut adalah jumlah kadar dan tempoh permohonan pengeluaran dibenarkan yang boleh dibuat oleh individu berkelayakan keatas simpanan KWSP ahli yang tiada penama.



Sumber Jadual : KWSP



Bagaimana Pembayaran Akan Dibuat?


Bayaran Dalam Malaysia


1. Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon dengan syarat :


• Pemohon mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik

• Nombor pengenalan diri pemohon adalah sama dengan rekod bank

• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank


Bayaran Luar Malaysia


2. Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut:


• Matawang asing mengikut pilihan pemohon di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing;

ATAU


• Dalam matawang US Dollar sekiranya matawang yang diopohon dalam borang permohonan tiada

dalam senarai KWSP bagi tujuan bayarn secara Draf Bank Asing.

• Pemohon perlu mengemukakan alamat di luar

negara.








bottom of page