top of page

Jenis - Jenis Harta Pusaka


Harta pusaka boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Harta Pusaka Berwasiat

  • Wasiat bermaksud pengakuan yang dibuat oleh seseorang sewaktu hayatnya mengenai bagaimana harta miliknya akan dibahagikan antara waris-waris atau yang telah ditentukan atau bagi apa – apa tujuan dan manfaat selepas kematiannya mengikut undang – undang yang ditetapkan


  • Bagi orang Islam, tidak lebih daripada 1/3 daripada harta pusaka sahaja yang boleh si mati kehendaki diwasiatkan kepada pihak – pihak selain waris (bukan ahli keluarga). Sekiranya terdapat pihak yang mencabar kesahihan sesuatu wasiat, wasiat tersebut perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah bagi memastikan ianya mengikut undang-undang pentadbiran agama Islam.


  • Bagi orang bukan Islam, walaupun kesemua harta diberikan kepada yang bukan warisnya, ianya adalah sah selagi syarat – syarat di dalamnya tidak bercanggah dengan Akta/Ordinan Wasiat dan kesahihan wasiatnya tidak dicabar oleh mana – mana waris si mati.


  • Surat kuasa mentadbir sesuatu wasiat atau di kenali sebagai Probet perlu dipohon di mahkamah bagi mentadbir harta pusaka simati yang berwasiat

2. Harta Pusaka Tidak Berwasiat

  • Harta pusaka tidak berwasiat ialah seseorang yang meninggalkan harta pusaka tanpa wasiat atau tidak membuat wasiat atau tidak sempat menyediakan wasiatnya


  • Apabila seseorang itu tidak mempunyai wasiat keatas harta miliknya, maka pembahagian harta pusakanya adalah bergantung pada nilaian dan bentuk harta (harta alih atau harta tak alih)


  • Harta pusaka tidak berwasiat boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk iaitu Harta Pusaka Besar, Harta Pusaka Kecil dan Harta Pusaka Ringkas



PENGURUSAN HARTA merupakan perniagaan tempatan yang berfokuskan menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan harta pusaka dengan segera. Kami membantu menyelesaikan apa jua masalah harta pusaka samada yang ringkas, rumit atau telah lama tertangguh.

Hubungi Kami Dengan Segera Untuk Sebarang Pertanyaan Atau Ingin Temujanji : -

No.17 Tingkat 1,

Jalan Tunku Putra,

Taman Cenderawasih,

09000 Kulim, Kedah.

012-4857170

© 2018 by PENGURUSAN HARTA. All Rights Reserved

bottom of page