Cari
  • PengurusanH

Harta Pusaka Besar, Harta Pusaka Kecil, Harta Pusaka Ringkas

Kemaskini: Sep 8



1. Harta Pusaka Besar


Harta Pusaka Besar ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dengan wasiat (kurang atau lebih daripada RM 2 juta), atau tanpa wasiat atau sebahagiannya tanpa wasiat dan kesemuanya bernilai lebih daripada > RM 2 juta.


Bagi mudah untuk difahami, harta pusaka besar dikategorikan seperti dibawah :


i) Harta tak alih sahaja bernilai lebih > RM 2 juta kesemuanya

ii) Harta alih sahaja yang bernilai lebih > RM 2 juta kesemuanya

iii) Campuran harta alih dan harta tak alih bernilai lebih > RM 2 juta kesemuanya

iv) Dengan wasiat walaupun nilai kesemuanya kurang daripada < RM 2 juta


Permohonan untuk mendapatkan perintah mentadbir harta pusaka besar dibuat di mahkamah tinggi.

Pentadbirannya adalah tertakluk pada Akta Probate dan Pentadbiran 1959


Bagi yang harta pusaka besar simati yang tidak mempunyai wasiat, waris perlu melantik seorang pentadbir dan memohon mendapatkan perintah mentadbir harta pusaka tersebut yang dipanggil Surat Kuasa Mentadbir ( Letter of Administration (LA) )


Bagi harta pusaka besar yang mempunyai wasiat, pentadbir boleh dilantik dikalangan waris, bukan waris, peguam atau syarikat amanah (pengurusan harta pusaka) seperti Amanah Raya Berhad, atau seperti mana pentadbir (wasi) yang dinamakan didalam wasiat si mati. Perintah mentadbir harta pusaka yang mempunyai wasiat ini di panggil Geran Probet ( Probate ).


2. Harta Pusaka Kecil


Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati tanpa wasiat terdiri daripada harta tak alih sahaja atau campuran harta alih dan harta tak alih yang nilaiannya kurang daripada < RM 2 juta.

Bagi mudah difahami, harta pusaka kecil boleh dikategorikan seperti berikut :


i) Harta tak alih sahaja bernilai kurang daripada < RM 2 juta ( Tiada Wasiat )

ii) Campuran harta alih dan harta tak alih bernilai kurang daripada < RM 2 juta (Tiada Wasiat)


Permohonan untuk mendapatkan perintah mentadbir harta pusaka kecil dibuat di Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (JKPTG) – Unit Pembahagian Harta Pusaka.


Pentadbirannya adalah tertakluk pada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.


Perintah pembahagian harta pusaka akan dikeluarkan oleh pegawai pentadbir pusaka bagi menyelesaikan agihan harta pusaka simati yang di panggil Borang E atau Borang F. Sekiranya pihak – pihak yang terlibat tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pegawai berkenaan, rayuan dan semakan terhadap keputusan perintah tersebut boleh dibuat di Mahkamah Tinggi.


3. Harta Pusaka Ringkas


Harta pusaka ringkas ialah harta yang ditinggalkan si mati tanpa wasiat terdiri daripada harta alih sahaja dan nilaiannya tidak melebihi < RM600k

Bagi mudah difahami, harta pusaka kecil boleh dikategorikan seperti berikut :


i) Harta alih sahaja bernilai kurang daripada < RM 600k ( Tiada Wasiat )

Permohonan untuk mendapatkan perintah pentadbiran harta pusaka ringkas dibuat di Amanah Raya Berhad.


Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Anak Angkat : Adakah Mewarisi Harta Pusaka ?

Maksud Anak Angkat Anak angkat bermaksud anak orang lain yang dijaga dan dipelihara seperti anak sendiri. Anak angkat kebiasaannya diambil oleh pasangan yang tidak mempunyai anak bagi memenuhi dan men

PENGURUSAN HARTA merupakan perniagaan tempatan yang berfokuskan menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan harta pusaka dengan segera. Kami membantu menyelesaikan apa jua masalah harta pusaka samada yang ringkas, rumit atau telah lama tertangguh.

Hubungi Kami Dengan Segera Untuk Sebarang Pertanyaan Atau Ingin Temujanji : -

No.17 Tingkat 1,

Jalan Tunku Putra,

Taman Cenderawasih,

09000 Kulim, Kedah.

012 - 485 7170

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA

MUDAH

LENGKAP

SEGERA

© 2018 by PENGURUSAN HARTA  All Rights Reserved