PERKHIDMATAN PENGURUSAN
HARTA PUSAKA
SURAT KUASA MENTADBIR
Apakah itu Surat Kuasa Mentadbir?
​
Surat Kuasa Mentadbir diperlukan oleh seseorang waris pada situasi simati tidak meninggalkan wasiat bagi membolehkannya mentadbir harta simati menurut undang undang.
​
Kami boleh membantu anda mencari, mengumpul, menyusun serta memproses segala maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan surat kuasa mentadbir samada daripada Mahkamah, Pejabat Tanah ataupun Amanah Raya dengan segera.
​
Carian dan semakan semula surat kuasa mentadbir, membuat pertukaran pentadbir bagi menggantikan yang telah meninggal dunia, kes lama tertangguh atau lain-lain urusan yang berkaitan surat kuasa mentadbir juga kami boleh selesaikan.
GERAN PROBET
Apakah itu Geran Probet?
​
Geran Probet dikeluarkan kepada seseorang waris yang dinamakan di dalam wasiat simati. Pentadbir boleh mentadbir harta simati menurut undang - undang setelah memperoleh geran probet.
​
Kami boleh membantu anda mencari, mengumpul, menyusun serta memproses segala maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan geran probet dengan Mahkamah segera
​
Geran probet lama tertangguh, pengesahan wasiat, semakan semula wasiat simati, pertikaian mengenai wasiat antara waris - waris atau lain-lain urusan yang berkaitan geran probet juga kami boleh bantu uruskan.
PINDAHAN HARTA
Skop Pindahan Harta :
​​
-
Mendapatkan Perintah Faraid (bagi beragama Islam)
-
Penyediaan Wasiat
-
Penyediaan Surat Ikatan Amanah (Pemegang Amanah)
-
Pindahan / hadiah (hibah) harta kepada waris atau masih tertangguh (daripada simati)
-
Penyediaan surat perjanjian bagi urusan jual - beli harta
-
Penjualan harta simati
MASALAH PUSAKA
Skop Masalah Pusaka :
​
-
Geran tanah masih lagi di bawah nama pemegang amanah atau sebagai pentadbir bertahun lamanya
-
Aset harta tunai seperti pampasan tanah masih belum dikeluarkan daripada Amanah Raya
-
Pertikaian antara waris-waris
-
Waris tidak mendapat hak sepatutnya atau tidak dinyatakan dalam perintah
-
Kekurangan atau kehilangan maklumat mengenai harta simati seperti kehilangan geran tanah, ketiadaan sijil simati
-
Aset harta yang dibeli belum di tukar / dipindah milik akibat kematian penjual
-
Tidak mengetahui atau pertikaian sempadan / bahagian tanah pusaka